Attraction @ Teratak Permai Homestay : Genting Highlands
|
Genting Highlands @ Teratak Permai Homestay |
Kawasan
Genting Highlands dengan ketinggian sehingga 6,000 kaki di atas paras laut
telah menjadi tarikan antarabangsa dengan jumlah pengunjung pada tahun 2003
seramai 15.4 juta orang. Jaraknya dari Bandaraya Kuala Lumpur hanya 50 km,
memakan masa kurang dari 1 jam melalui jalan darat. Genting Highlands dikenali
sebagai Kota Kegembiraan ‘Citiy Of Entertainment’. Ia menawarkan pelbagai
tarikan alam semula jadi dan buatan manusia dengan menyediakan pelbagai
permainan yang menghiburkan dan kemudahan untuk sesiapa sahaja berehat, bekerja
dan bercuti.
.
Sesuai
dengan gelaran ‘City of Entertaintment’, Genting Highlands menawarkan lebih 500
jenis permainan untuk family di Taman Temanya Outdoor Theme Park dan Indoor
Theme Park serta hiburan lain seperti kemudahan
panggung wayang (Cineplex), permainan bowling , Ripley’s Believe it or not, dan sebagainya. Terdapat juga pusat membeli
belah First World Plaza iaitu pusat perniagaan dengan enam tema gedung membeli
belah d dunia (theme area) semuanya di bawah satu bumbung iaitu Times Square,
Universal Walk, London, Venice, Champs Elyess dan Genting Walk.
.
Terdapat
enam buah hotel di bawah pengurusan Resort World iaitu irst World Hotel,
Genting Hotel, Highlands Hotel, Theme Park Hotel, Ria Apartment dan Awana
Hotels Resorts. Di musim kemuncak,
Teratak Permai Homestay adalah merupakan penginapan alternatif terbaik.
Kedudukannya yang hanya beberapa minit perjalanan dari Stesen Kereta Kabel
Genting Highlands menjadikannya pilihan terbaik selain harga yang sangat
berpatutan.
Genting
Skyway
Rasai
keseronokan skala ketinggian bila anda menaiki Genting Skyway! Menghubungkan stesen
utama di Gohtong Jaya dan Highlands Hotel, Genting Skyway menawarkan pengalaman
menarik menaiki kereta kabel yang selesa, lancar dan selamat. Sebagai bonus,
anda akan terpesona melihat pemandangan gunung ganang terbentang luas.
.
Dirasmikan
oleh Tun Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamed pada 21 Februari 1997, Genting Skyway
mampu membawa lebih 2000 penumpang setiap jam dengan had 8 penumpang bagi
setiap koc kereta kabel. Dengan kelajuan maksima 6 meter per saat, perjalanan
sejauh 3.38 kilometer ke puncak genting hanya memakan masa selama 11 minit
sahaja!
.
Lebih
menakjubkan, anda hanya akan mengambil masa selama 20 minit dari Teratak Permai
Homestay ke Stesen Kereta Kabel Gohtong jaya dan tambahan 11 minit ke puncak
genting! Genting Highlands kini hanya di hujung jari anda!
Genting
Outdoor Theme Park
Bayu
gunung yang nyaman memberikan pengalaman menakjubkan untuk mencuba pelbagai
rides di Outdoor Theme Park. Samada anda ingin sekadar bersantai menaiki kereta
antik atau mencabar diri untuk mengepam adrenalin anda menaiki Space Shot, ia
adalah pengembaraan yang magikal dan penuh keterujaan untuk seluruh family!
.
Terbahagi
kepada 3 bahagian utama iaitu Thrill Rides, Family Rides dan Children Rides. Seluruh keluarga boleh
bergembira di sini dan pulang bermalam di Teratak Permai Homestay yang boleh
memuatkan sehingga 6 pax sebelum memulakan pengembaraan baru di Genting sebaik
matahari terbit!
Genting
Indoor Theme Park
Lompat
dan takluki dare-devil rides, rasakan pengalaman melanggar kereta dan dilanggar
serta bergambarla sehingga beratus-ratus shot seumpama anda di Eropah!
.
Nikmati Thrill Rides seperti Euro Express, Flying
Dragon, 4D Motion Master dan Adult Bumper Cars. Bersantai di Family Rides
antaranya Rio Float, Reindeer Cruiser, Mini Train dan monorail. Temani si manja
anda bermain di Children Rides termasukJunior Bumper Car, Carousel serta Ride
de Paris.
.
Hubungi kami segera untuk pengalaman menarik menginap di Teratak Permai Homestay. A place exclusive by designer.
.