Selamat datang ke Teratak Permai
Homestay.
Tersembunyi tetapi strategik. Teratak
Permai Homestay menawarkan penginapan unik bertaraf tiga bintang terletak
di pinggir Bandar Baru Batang Kali, Hulu Selangor.
Tersebunyi di celah celah perkampungan Melayu Batang Kali, kediaman ini
bukan sahaja bakal memberi pengalaman tersendiri dan privasi tetapi pada masa
yang sama begitu dekat terhubung dengan lokasi menarik Genting Highlands, Kolam
Air Panas, Tasik Batu serta Air Terjun Ulu Yam.
Bagaikan berada di hotel berjenama, pengunjung yang melangkah masuk ke
perkarangan Teratak Permai Homestay pasti terpesona dengan hiasan dalamannya.
Direka khas oleh H+F Design Studio, kediaman dua bilik ini melalui proses
transformasi hampir 80% daripada dekorasi dalaman asal untuk memberi kelainan
dan tanda aras baru bagi standard homestay di Malaysia.
Kini telah dibuka! Telah memulakan perkhidmatan pada 2014, kediaman homestay
ini pasti memberikan kejutan melalui susun atur ruang tamunya, keselesaan bilik
tidurnya, ruang dapur yang ringkas dan moden, serta bilik mandi yang unik.
Teratak Permai Homestay pasti menjadi tempat persinggahan yang tepat setelah
anda bergembira di Taman Tema Genting Highlands atau seusai mengeluarkan peluh
berkayak di Ulu Yam.
Tempah sekarang untuk harga promosi istimewa.
Telefon : Hady 014 8466406 / Dalila 019 3627525
Emel : teratak.permai@gmail.com
Tahniah
ReplyDelete