Saturday, 22 June 2013

Genting Highlands @ Teratak Permai Homestay

Attraction @ Teratak Permai Homestay : Genting Highlands




Genting Highlands @ Teratak Permai Homestay

Kawasan Genting Highlands dengan ketinggian sehingga 6,000 kaki di atas paras laut telah menjadi tarikan antarabangsa dengan jumlah pengunjung pada tahun 2003 seramai 15.4 juta orang. Jaraknya dari Bandaraya Kuala Lumpur hanya 50 km, memakan masa kurang dari 1 jam melalui jalan darat. Genting Highlands dikenali sebagai Kota Kegembiraan ‘Citiy Of Entertainment’. Ia menawarkan pelbagai tarikan alam semula jadi dan buatan manusia dengan menyediakan pelbagai permainan yang menghiburkan dan kemudahan untuk sesiapa sahaja berehat, bekerja dan bercuti.
.
Sesuai dengan gelaran ‘City of Entertaintment’, Genting Highlands menawarkan lebih 500 jenis permainan untuk family di Taman Temanya Outdoor Theme Park dan Indoor Theme Park serta hiburan lain seperti  kemudahan panggung wayang (Cineplex), permainan bowling , Ripley’s Believe it or not,  dan sebagainya. Terdapat juga pusat membeli belah First World Plaza iaitu pusat perniagaan dengan enam tema gedung membeli belah d dunia (theme area) semuanya di bawah satu bumbung iaitu Times Square, Universal Walk, London, Venice, Champs Elyess dan Genting Walk.
.
Terdapat enam buah hotel di bawah pengurusan Resort World iaitu irst World Hotel, Genting Hotel, Highlands Hotel, Theme Park Hotel, Ria Apartment dan Awana Hotels  Resorts. Di musim kemuncak, Teratak Permai Homestay adalah merupakan penginapan alternatif terbaik. Kedudukannya yang hanya beberapa minit perjalanan dari Stesen Kereta Kabel Genting Highlands menjadikannya pilihan terbaik selain harga yang sangat berpatutan.
Genting Skyway


Rasai keseronokan skala ketinggian bila anda menaiki Genting Skyway! Menghubungkan stesen utama di Gohtong Jaya dan Highlands Hotel, Genting Skyway menawarkan pengalaman menarik menaiki kereta kabel yang selesa, lancar dan selamat. Sebagai bonus, anda akan terpesona melihat pemandangan gunung ganang terbentang luas.
.
Dirasmikan oleh Tun Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamed pada 21 Februari 1997, Genting Skyway mampu membawa lebih 2000 penumpang setiap jam dengan had 8 penumpang bagi setiap koc kereta kabel. Dengan kelajuan maksima 6 meter per saat, perjalanan sejauh 3.38 kilometer ke puncak genting hanya memakan masa selama 11 minit sahaja!
.
Lebih menakjubkan, anda hanya akan mengambil masa selama 20 minit dari Teratak Permai Homestay ke Stesen Kereta Kabel Gohtong jaya dan tambahan 11 minit ke puncak genting! Genting Highlands kini hanya di hujung jari anda!
Genting Outdoor Theme Park


Bayu gunung yang nyaman memberikan pengalaman menakjubkan untuk mencuba pelbagai rides di Outdoor Theme Park. Samada anda ingin sekadar bersantai menaiki kereta antik atau mencabar diri untuk mengepam adrenalin anda menaiki Space Shot, ia adalah pengembaraan yang magikal dan penuh keterujaan untuk seluruh family!
.
Terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu Thrill Rides, Family Rides  dan Children Rides. Seluruh keluarga boleh bergembira di sini dan pulang bermalam di Teratak Permai Homestay yang boleh memuatkan sehingga 6 pax sebelum memulakan pengembaraan baru di Genting sebaik matahari terbit!

Genting Indoor Theme Park
Lompat dan takluki dare-devil rides, rasakan pengalaman melanggar kereta dan dilanggar serta bergambarla sehingga beratus-ratus shot seumpama anda di Eropah!
Nikmati Thrill Rides seperti Euro Express, Flying Dragon, 4D Motion Master dan Adult Bumper Cars. Bersantai di Family Rides antaranya Rio Float, Reindeer Cruiser, Mini Train dan monorail. Temani si manja anda bermain di Children Rides termasukJunior Bumper Car, Carousel serta Ride de Paris.
Hubungi kami segera untuk pengalaman menarik menginap di Teratak Permai Homestay. A place exclusive by designer.
.
Telefon : 014 8466406 / 019 3627525

Emel : teratak.permai@gmail.com





1 comment:

  1. berapa buah homestay yang pihak teratak permai sediakan?

    ReplyDelete